Tuesday 26 August 2014

GAJI ASYIK TAK CUKUP?

Bila dah terima gaji, bagaimana cara nak rasa duit gaji tu sentiasa cukup je walaupun sedikit?
.... 
Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif:
1.Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!

2.Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!
....
3.Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!

4.Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!

5.Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.

6.Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu dahulu sblm bsdkah atau nk bntu Orang susah, anak yatim? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat! Kerana sabit dlm hadis Rasul saw

7.Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan2 & saudara-mara...
*Marilah kita banyakkan berselawat ke atas Rasulullah SAW, nabi yg kita rindui...
..اللهم صل على محمد و على ال محمد .. ...
Jenaka Ustaz Azhar .....
Kadang-kadang Allah hantar seekor kucing untuk menjadi guru dan menguji kita supaya kita muhasabah.
Jika seekor kucing datang meminta makanan, tapi kita halau dia, itu tanda kita kedekut dengan rezki yang
Allah beri pada kita. Padahal kucing tu minta sedikit sahaja dari sisa makanan kita. Kita ada duit beribu-ribu, apa ruginya beli sebungkus nasi beri pada kucing. Kadang-kadang kucingbawa lari
seekor ikan kembong yang kita beli di pasar. Anggaplah itu rezeki untuk kucing tu. Tak payahlah kejar kucing tu keliling kampung! Dia bukan ambil semua, seekor saja. Lainlah kalau kucing tu bawa lari peti sejuk, boleh la kejar sebab mahal.Kita cita-cita nak syurga firdaus, tapi kita kedekut pahit.
Muhasabahlah diri kita.Jika nak jadi cepat kaya, murah rezeki,panjang umur, dan terang dalam kubur nanti, selalulah kita beri makan pada binatang. Setiap makanan kita beri makan binatang itu dikira sedekah.
( Ustaz Azhar Idrus)

Rasulullah SAW
bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah
tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."(HR. Al- Bukhari)
ㅤ  ㅤ  ㅤ      
ㅤ    Subhanallah  
    Alhamdulillah    
     Lailahaillallah   
ㅤ    Allahuakbar   
ㅤ ㅤ   ㅤ       
Share msg ini... kalau anda bukan dari golongan yg kedekut ..

RAHSIA KEKAYAAN

PETUA AYAH

Entahlah apa yang selalu bermain di fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak.

”Ada duit? Minta ayah sedikit…”

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujur, isteri dan anak-anak saya sudah pun faham. Alhamdulillah mereka ’sporting’ dan tidak banyak meragam.

”Emak, ayah asyik minta duit… Bukan tak mahu bagi, tapi memang tak ada duit,” bisik saya kepada emak.

Emak seperti biasa, berwajah selamba. Sukar di tebak reaksinya.

”Bagilah beberapa yang ada,” cadang emak pendek.

”5 ringgit?”

Emak mengangguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 RM…. Tapi kerana tidak mahu hampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada di perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa lagi yang memberi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih ’untung’ 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Bila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi wang ’permintaan’ ayah. Kekadang terlupa, tetapi ayah selalu mengingatkan. Akhirnya, saya memang sediakan ’peruntukan’ khas untuk diberi kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ’ekonomi’ saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap permintaannya dan tetap senyum bila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ’ketajaman’ rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitu pun, setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setia memasukkan duit yang melebihi jumlah yang saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat di sebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana ’tidak ada’, tetapi ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap, buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya sekeluarga mula pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

”Nanti, besarlah kereta kamu ni…” ujar ayah senyum.

Apapun, saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali hendak pulang. Wang saya hulurkan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

”Eh, tak payahlah ayah…” Sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga dah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun dengan perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu. Tetapi sengaja dia tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

”Kenapa, dah kaya?” usik ayah. Hendak tak hendak, duit di kocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi ’dikebas’ oleh saya. Dan dalam hati, saya mula merasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkannya ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta. Di samping penulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh kerana bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli sebuah MPV untuk kegunaan jarak jauh dan sebuah lagi kereta untuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun bagaimana sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya, ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya… Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana ’kekurangan’ atau ’kelebihan’ kami. Tetapi dia memberi kerana Allah… Mencontohi Allah Al Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kita kongsi bersama:

”Kini aku benar-benar faham bahawa ibu-ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi untuk kehidupan di akhirat. Mereka bukan ’liabiliti’ tetapi sebenar mereka adalah aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang ataupun tidak tepat, kerana ibu bapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya…”

”Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri, walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. Doa mereka mustajab. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w. Keredaan Allah itu terletak kepada keredaan ibu bapa.”

Baiklah, anda pembaca bagaimana? Inilah cerita benar yang jarang didengar. Inilah rahsia ’perniagaan’ yang jarang diperkatakan oleh para korporat. Juga tidak ditulis dalam mana-mana buku perniagaan… Masih mempunyai ibu bapa? Memberilah kepada mereka. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja… Kita mesti sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi! 

Rahsia kekayaan. Jangan kedekut dgn ibu bapa.

Monday 11 August 2014

APA ITU GLA COMPLEX?

Assalamualaikum.

Selamat bertemu kembali.
Semoga kalian semua sihat dan happy selalu.

Hari ini saya ingin bercerita mengenai GLA Complex.


Terdapat 10 Soalan popular tentang GLA Complex:

1)      Apakah GLA Complex
2)      Apakah FUNGSI dan KHASIAT GLA Complex?
3)      Keistimewaan GLA Complex?
4)      Siapakah yang perlukan GLA Complex?
5)      Siapakah yang TIDAK BOLEH ambil GLA Complex?
6)      Cara pengambilan yang betul macam mana?
7)      Berapa harga satu botol GLA Complex?
8)      Berapa lama boleh tahan/digunakan untuk satu botol GLA Complex?
9)      Jika ingin order hari ini, bila saya boleh terima?
10)  Saya Berminat, bagaimana saya hendak order ESP ini?

1)      Apakah GLA Complex?
GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan Vitamin E.

2)      Apakah FUNGSI dan KHASIAT GLA Complex?
ü  Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
ü  Membantu meningkatkan kesuburan (Untuk yang cuba HAMIL)
ü  Melegakan PMS (Sindrom Pra-haid) – Abdominal pain, breast pain.
ü  Membantu dalam menangani menopus.
ü  Membantu mengecilkan cyst (ovarian cyst & breast cyst).
ü  Menguatkan kuku dan rambut.
ü  Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri.
ü  Membamtu menangani eczema
ü  Melegakan simptom akibat arthritis reumatoid.
ü  Mengandungi Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
ü  Menguatkan imuniti tubuh.
ü  Memperlahankan proses penuaan.
ü  Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung.
ü  Mengawal kencing manis dan darah tinggi.
ü  Mengawal kolesterol.
ü  Untuk fungsi saraf.

3)      Keistimewaan GLA Complex?
ü  Tanpa pewarna, pengawet atau bahan tiruan.
ü  Tiada silica gel kerana ianya bersifat semulajadi.
ü  Selamat & berkesan.

4)      Siapakah yang perlukan GLA Complex?
ü  Wanita yang ada Cyst (Ovarian Cyst atau Breast Cyst).
ü  Wanita yang kitaran haid nya tidak tetap.
ü  Wanita yang hampir menopaus.
ü  Wanita yang merancang untuk hamil.
ü  Individu yang ada Ekzema.
ü  Individu yang ada jerawat teruk & jeragat.
ü  Pesakit kencing manis dan darah tinggi.
*Nota: GLA Complex BOLEH juga di ambil oleh lelaki. Bukan untuk wanita sahaja.

5)      Siapakah yang TIDAK BOLEH ambil GLA Complex?
ü  Ibu Hamil.
ü  Individu yang ada sawan.
ü  Individu yang bakal menjalani pembedahan.

6)      Cara pengambilan GLA Complex yang betul macam mana?
GLA Complex diambil dua kali sehari. Satu biji selepas sarapan dan satu biji selepas makan malam.

7)      Berapa harga satu botol GLA Complex?
RM91.25.
Nak lagi murah? Jom jadi ahli. DISKAUN sehingga 20%.

8)      Berapa lama boleh tahan/digunakan untuk satu botol GLA Complex?
Sebotol GLA boleh bertahan sehingga 2 Bulan.

9)      Jika ingin order hari ini, bila saya boleh terima?
InsyaAllah, penghantaran mengambil masa 1-4 hari bekerja bergantung pada kawasan anda.
COD pun boleh. Area UIAM Gombak dan Cheras sahaja.

10)  Saya Berminat, bagaimana saya hendak order GLA Complex ini?
Mudah sahaja. Hanya sms <Nama anda>< jarak><GLA><jarak><Jumlah GLA yang anda inginkan><jarak><Alamat anda><jarak><No. Telefon anda> dan hantar ke talian 013-260 3464.

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Shaklee ID: 1070843 (Hidayati)
SMS/ Call /WhatssApp: 013-2603464
FB: Hidayati Zaiful
E-mail: hidayatizaiful@gmail.com
COD: UIAM Gombak & Cheras

Popia Nestum Amsyar

Lebih RANGUP!
Lebih SEDAP!
Makan sampai Puas!

Dengan rupa bentuk yang Unik!
Lain dari yang lain.

Hanya RM10/balang.
120pcs/balang.
Penghantaran *PERCUMA!

Hubungi saya segera!
013-260 3464

* Sekitar UIA, Gombak, Cheras, Sri Hartamas, Wangsa Maju & Ampang sahaja.

ADAKAH GLA COMPLEX ITU EPO??

Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah asid lemak omega-6 ( omega-6 fatty acid) yang tidak boleh dihasilkan oleh badan.

GLA boleh didapati daripada 3 sumber iaitu :
1) Minyak borage
2) Minyak Bunga Evening Primrose (EPO)
3) Minyak Black Currant

Di Malaysia, supplement EPO lebih dikenali sedangkan EPO adalah sumber untuk mendapatkan GLA.

Peranan utama dalam supplement ini adalah GLA yang mengawalselia hormon prostaglandin.

Shaklee sentiasa mahu memberikan yang terbaik. Berbanding bunga EP, minyak borage memberikan sumber GLA berkepekatan tinggi sehingga 25%. Bunga EP hanya dapat memberikan GLA sehingga 10% concentration.

Jadi, Shaklee memilih MINYAK BORAGE , bukannya bunga EP.

Dalam GLA complex shaklee, terdapat sedikit Vit E yang bertindak untuk melarutkan GLA untuk memudahkan penyerapan dalam badan.

*Produk ini tidak bertujuan untuk memdiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Shaklee ID: 1070843 (Hidayati Zaiful)
SMS/WhatssApp: 013-260 3464
FB: Hidayati Zaiful
E-mail: hidayatizaiful@gmail.com
COD: UIAM Gombak & Cheras.

Sunday 10 August 2014

APA ITU ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)?

Assalamualaikum.
Semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat sejahtera serta dalam perlindungan Allah hendaknya.
Hari ini saya nak kongsikan serba sedikit mengenai ESP.

   10 Soalan popular untuk ESP:  
1)  Apa itu Energizing Soy Protein (ESP)?
2)      Apa fungsi ESP?
3)      Rasa ESP macam mana?
4)      ESP ini untuk minuman sahaja ke?
5)      Cara pengambilan yang betul macam mana?
6)      Siapa yang tidak boleh mengambil ESP?
7)      Berapa harga satu canister ESP?
8)      Berapa lama boleh bertahan/digunakan untuk satu canister ESP?
9)      Jika ingin order hari ini, bila saya boleh terima?
10)  Saya Berminat, bagaimana saya hendak order ESP ini?


1)      Apa itu Energizing Soy Protein (ESP)?
       Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk (seperti Milo). ESP ni boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti Milo, Horlick, susu segar atau jus buah-buahan yang fresh. ESP ini digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi (tidak boleh dibancuh dengan air panas).

2)      Apa fungsi ESP?
1.      Membantu pembentukan sel-sel baru.
2.      Terbaik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.
3.      Terbaik untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.
4.      Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak. Justeru, anda boleh kongsi dengan anak yang berusia 1 tahun ke atas & keluarga.
5.      Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.

ESP SEBAGAI SUMBER PROTEIN YANG LEBIH BERKUALITI.
25 PERATUS daripada tubuh badan manusia dibina daripada PROTEIN.
Contohnya seperti kuku, kulit, otot-otot sebenarnya berasal daripada protein. Percaya atau tidak, itulah kenyataannya.
Ringkasannya, struktur dalam tubuh badan manusia dibina daripada susunan berikut:
SEL ——> TISU ——–> ORGAN ———> SISTEM
Struktur badan kita terdiri daripada SEL. Kemudian, sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu. Seterusnya, tisu-tisu akan membentuk organ dan akhir sekali, organ-organ ini akan membentuk sistem.  Oleh sebab itu, badan kita SANGAT memerlukan PROTEIN.
Ingin tahu mengapa? Sebabnya PROTEIN adalah makanan utama bagi  sel tubuh manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas.

RAMAI YANG TELAH MERASA KEBAIKAN DAN BETAPA BAGUSNYA ESP SELEPAS MENGAMBIL SECARA KONSISTEN SELAMA 3 HINGGA 4 MINGGU.
Ada yang kata, kulit makin licinlah, kulit makin lembut, parut jerawat makin pudar, rambut dah kurang gugur, susu makin banyak, suami makin sayang dan macam-macam lagi!

3)      Apa rasa ESP?
      ESP ini berperasa mild soya. Sekiranya anda tidak gemar dengan rasa soya, ada pelbagai resepi yang enak akan saya kongsikan nanti.

4)      ESP ini untuk minuman sahaja ke?
      Oh tidak. Selain untuk diminum, ESP ini juga boleh dijadikan Masker muka. Nak tau macam mana? Nanti saya kongsikan pada artikal akan datang.

5)      Cara pengambilan yang betul macam mana?
      ESP diambil 3 kali sehari satu sudu besar setiap sesi. Ia digalakkan minum 30 minit sebelum waktu makan utama. Sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam.

6)      Siapa yang tidak boleh mengambil ESP?
      Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan.

Jadi ia sesuai untuk semua lapisan:
1.      Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.

2. Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhkan ESP dengan minuman kegemaran anda pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!

3. Ibu-ibu yang menyusu anak: Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya (3 Liter/hari) serta proses pengepaman susu yang konsisten.

4. Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.

5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang. WOW…!!!

DAN lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata, anda, saya, kamu dan dia yang sihat dan ingin kekal sihat. Insha-Allah!

7)      Berapa harga satu canister ESP?
Harga ESP satu canister bagi Semenanjung dan Sabah Sarawak adalah RM150.00.

8)      Berapa lama boleh bertahan/digunakan untuk satu canister ESP?
Dengan kadar pengambilan 3 sudu sehari, Satu canister boleh bertahan sehingga satu bulan setengah.

9)      Jika ingin order hari ini, bila saya boleh terima?
InsyaAllah, penghantaran mengambil masa 1-4 hari bekerja bergantung pada kawasan anda.
COD pun boleh. Area UIAM Gombak dan Cheras sahaja.

10)  Saya Berminat, bagaimana saya hendak order ESP ini?
Mudah sahaja. Hanya sms <Nama anda>< jarak><ESP><jarak><Jumlah ESP yang anda inginkan><jarak><Alamat anda><jarak><No. Telefon anda> dan hantar ke talian 013-260 3464.

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Shaklee ID: 1070843 (Hidayati)
SMS/ Call /WhatssApp: 013-2603464
FB: Hidayati Zaiful
E-mail: hidayatizaiful@gmail.com
COD: UIAM Gombak & Cheras